Delicious Cake-Cupcake-Chocolate-Cookies-Agar-Agar

Monday 16 June 2014

Choc Moist Cake

CHOC MOIST CAKE DELICIOUS




Bahan-bahan


Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah la jenama apa pun)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis


 Bahan B
3 biji telur 
1 cawan minyak masak/minyak jagung
(pukul telur + minyak sampai sebati je )

Bahan C

1 1/4 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar soda bicarbonate
1 sudu teh baking soda

Cara-caranya..


  1. Sediakan periuk kukus dengan api yang besar. Masukkan loyang yang telah disapu minyak ke dalam periuk pengukus (ini tips supaya kek tidak melekat di loyang)
  2. Sediakan kuali di atas api.. Pastikan kuali kering tanpa sebarang air ya.
  3. Masukkan bahan A. Hidupkan Api sederhana sahaja. Kacau bahan sehingga ia larut dan sebati.
  4. Matikan api setelah bahan larut, jangan buat sehingga terlalu likat, cukup sekadar gula cair. 
  5. Sementara itu, Ayak bahan C.
  6. Masukkan bahan B ke dalam Bahan A tadi.
  7. Masukkan pula Bahan C dan gaul sehingga sebati 
  8. Setelah bahan semua sebati, bolehlah dituangkan ke dalam bekas yang dimasukkan ke dalam periuk pengukus tadi.
  9. Isi hanya separuh ke dalam loyang tersebut.. Sebab kek akan naik.
  10. Tutup guna Aluminium Foil / balut penutup kukus dengan kain supaya air tidak menitis atas kek..nanti permukaan atas kek rosak...
  11. Kukus @ bakar selama 40 minit - 1jam. TANPA MEMBUKA periuk kukusan tersebut ya.
  12. Cucuk tengah kek dengan lidi satay, jika tidak melekat maka kek sudah masak & bolehla tutupkan apinya & buka penutup sekali..then biarkan kek sejuk dan deko ikut kreativiti sendiri...
  13. resipi yang saya gunakan untuk berniaga & ramai yang suka kan kek ni..so saya sharekan resipinya...selamat mencuba k!!!

0 comments:

Post a Comment